Money Healing
My journey to solve money problem using energy healing
Friday, September 24, 2010
Thursday, September 23, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Introduction
Sebelum memulakan sebarang blog post, adalah lebih baik saya memperkenalkan diri dan kenapa blog ni diaktifkan. Terus terang saya katakan sekarang saya mengalami masalah kewangan. Sebelum ni mungkin masalah ni tak ketara tapi bila saya tak selesaikan nya ia menjadi bertambah besar. Macam2 bisnes saya dah cuba. Semuanya tak menjadi dan hutang semakin bertambah. Tapi saya nk selesaikan masalah kewangan ini dengan menggunakan 'Energy Healing'. Tak tau lah apa gelaran dlm bahasa melayu tp sy lebih suka menggunakan terma tersebut. Kalau translate nnt jadik pelik plak. Kepada sesiapa yg tak tau 'Energy Healing' ni, jgn bimbang. Sedikit demi sedikit akan diterangkan dalam blog ni. Saya pn amik masa jugak nak paham 'Energy Healing' ni. So nk terangkan dlm 1 post pn agak mencabar utk org yg ilmu nya masih cetek lg.hehe...
Saya mula menggunakan 'Energy Healing' ni pun setelah membaca pelbagai buku motivasi dan mengaplikasikannya tapi tak berjaya. 'Law of Attraction' pn sy blajar dan menggunakan nya tp tak berjaya. Selepas tu saya mula buat kajian kenapa klu semua kata 'Law of Attraction' works tp saya tak berjaya menggunakannya. Di sini lah 'Energy Healing' perlu digunakan. Jangan risau. Akan ada 1 post khas nk terangkan knp 'Law of Attraction' tak berjaya dan bagaimana utk menjayakan 'Law of Attraction' dengan bantuan 'Energy Healing'.
Buat masa sekarang saya tak bekerja. Baru sahaja berkahwin pada awal tahun ini dan sekarang menunggu hari (lebih kurang sebulan lg) utk melahirkan anak pertama. wahh.....berdebar-debar tau!!!! So that's part of my life which I'm so blessed dan sgt bersyukur.
So di sini saya nk menawarkan diri utk cuba membantu mereka yg senasib dgn saya. Saya cuba memberi nasihat dari segi 'Energy Healing'. Bagaimana utk menggunakan 'Energy Healing' utk memperbaiki kewangan anda. hmm.....mesti ada yang tertanya-tanya, camne org yg ada masalah kewangan pulak nk tlg org yg ada masalah kewangan jugak? Mungkin dari segi kewangan saya bermasalah tapi dalam bidang 'Energy Healing' ni saya ada byk pengalaman dan bakat terpendam (alamak....puji diri sendiri lah pulak). Saya telah barjaya menggunakan 'Energy Healing' ni utk menurukan berat badan saya (spt biasa.....nnt ada post khas utk itu) dan alhamdulilah berkahwin dengan lelaki idaman saya. Sekali lg saya nk ucapkan alhamdulilah. Saya menawarkan khidmat nasihat ini secara percuma krn bila saya membantu anda keluar dari masalah kewangan menggunakan 'Energy Healing' sebenarnya saya membantu diri sendiri utk mencapai financial freedom yg saya idam-idamkan. Kenapa? sbb sebenarnya semua masalah kita serupa tp pada masa sekarang sy tak nampak apa yg menjadi masalah kpd saya. Saya memerlukan anda semua utk highlightkan masalah saya ni. So harapan saya dengan membantu anda semua saya juga akan membantu diri sendiri utk mecapai financial freedom. Saya boleh dihubungi melalui yahoo messenger dan email. Segala butiran boleh didapati di bhgan kanan blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)